Sabtu, 23 Julai 2011

Doa Perkahwinan

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada hari ini diberkati olehMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon

Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini

Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah

Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah

Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik

Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai

Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali

Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu

Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh

Anak-anak yang menjadi amanah

Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah

Zuriat yang solleh solehah

Dan agar berkekalan mempelai ini

Sehingga ke dalam syurga

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Teguhkan iman kami

Mantapkan aqidah kami

Mudahkan urusan kami

Murahkan rezeki kami

Halalkan makan minum kami

Berkatilah kehidupan kami

Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam

Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu

Hindarkanlah kami dari azab nerakaMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ampunkanlah dosa kami,

Dosa kedua orang tua kami,

Dosa ahli keluarga kami

Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa

Baik yang zahir mahupun yang batin

Yang kecil mahupun yang besar

Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah

Maka ampunkanlah dosa kami Ya Ghaffar

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu

Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam

Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnya

Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini

Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru

Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora

Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang

Amin Ya Rabbal Alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan