Sabtu, 20 Februari 2010

hUkUm bErkAhWiN bAGi LeLAki,,,


Terbahagi kpd 5 dan hanya tertentu kpd kaum lelaki shj.
1. Wajib Berkahwin -
Sekiranya seseorg itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar " mahar" ( mas kahwin ) & mampu menyediakan nafkah isteri zahir & batin. Beliau juga tidak berniat untuk menganiaya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat ( zina) disebabkan keruntunan nafsu yg kuat jika tidak berkahwin.
2. Sunat Berkahwin -
Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.
3. Harus Berkahwin -
Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu
4. Makruh Berkahwin -
Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.
5. Haram Berkahwin -
Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan- kewajipan terhadap isterinya zahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya isterinya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan