Isnin, 22 Februari 2010

tAnGGunGjAwAb sUAmi iStEri mEnGikUt isLAm,,,


Untuk menjamin keharmonian berumahtangga, Islam telah menetapkan tugas dan tanggungjawab suami isteri. Suami sebagai ketua keluarga khususnya bertanggungjawab terhadap kesejahteraan isteri dan anak-anaknya.

antara tanggungjawab suami ialah:

1.Memberi sara hidup kepada isteri seperti pemberian makanan dan tempat tinggal.

2. Memberi nafkah batin termasuk menggauli isteri dengan baik.

3. Menyara anak-anak.

4. Melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan kesihatan.

5. Melindungi maruah keluarga dan harta benda.

6. Sentiasa membimbing isteri dengan ajaran Islam menuju keredaan Allah.

7. Bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan Islam yang sempurna.

8. Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak-anak dan jiran tetangga.

Suami hendaklah sentiasa mengamalkan pergaulan yang baik dengan isteri, anak-anak dan orang lain. Menpunyai sifat bertolak ansur, pengasih, penyabar, pemaaf dan bertimbang rasa.

TANGGUNGJAWAB ISTERI

1. Menjaga kehormatan diri terutama apabila suami tiada dirumah. Misalnya tidak membenarkan lelaki yg bukan mahram atau yg dibenci suami masuk kerumah.

2. Patuh terhadap suruhan suami (selagi bukan yang maksiat) dan sentiasa suka melayan suami zahir dan batin.

3. Menumpukan sepenuh kasih sayang kepada suami dan anak- anak.

4. Menjaga kebersihan rumah tangga dan kesihatan diri serta anak- anak.

5. Menjaga amanah dan harta suami.

6. Sentiasa menyimpan rahsia pergaulan suami isteri.

7. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami (kecuali darurat).

8. Berhias diri hanya untuk tatapan suami sahaja dan tidak untuk orang lain khususnya apabila berada di luar rumah. Ketika berada di khalayak ramai, si isteri harus pandai menjaga kesopanan dan sentiasa menutup aurat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan